GENERAL TEACHING METHODOLOGY.(EDT 5390)
Nama : SITI SAFURA BINTI SAMSUDIN (G0914906)
Bab : IBADAH TINGKATAN 1 DAN 2
Soalan 1
Zaharah dan Azmi sepasang suami isteri, pada bulan ramadhan tahun lepas mereka melakukan jima’ disiang hari selepas kedua-duanya membatalkan puasa dengan sengaja. Apakah hukum perbuatan mereka? Apakah perlu diganti puasa tersebut 2 bulan berturut-turut? Berikan pendapat ulama’ tentang hukum kaffarah bagi masalah ini?
Jawapan soalan 1
Pertama, hukum perbuatan mereka adalah BERDOSA BESAR kerana sengaja berbuka puasa di bulan ramadhan. Berbuka sama ada dengan makan, minum atau bersetubuh (jimak). Sabda Nabi s.a.w. (bermaksud);
“Sesiapa berbuka puasa sehari di bulan Ramadhan tanpa ada rukhsah (kelonggaran) yang diizinkan Allah untuknya, puasa sepanjang masa sekalipun tidak akan berupaya membayarnya sekalipun ia melakukannya” (Riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah).
Orang yang melakukan perbuatan di atas ia telah melakukan dua dosa; pertama, dosa berbuka puasa dengan sengaja di bulan Ramadhan dan kedua, dosa melakukan helah (tipu daya) untuk menghalalkan larangan Allah di bulan Ramadhan. Para ulamak berbeza pandangan:
1. Jumhur ulamak (merangkumi Imam Abu Hanifah, Imam Malik , Imam Ahmad dan sebagainya) berpendapat; ia tetap dikenakan kaffarah kerana ia melakukan persetubuhan ketika kewajipan puasa Ramadhan masih terbelenggu atas dirinya. Orang yang berbuka puasa di bulan Ramadhan – tanpa sebarang keuzuran- walaupun puasanya batal, namun kewajipan puasa tetap tidak gugur darinya. Jadi, apabila ia bersetubuh, persetubuhan itu berlaku ketika kewajipan puasa atas dirinya masih berjalan dan kerana itu tetap dikenakan kaffarah ke atasnya mengikut pandangan teramai para ulamak.
2. Mazhab Syafi’ie; menurut mazhab Syafi’ie; tidak dikenakan kaffarah ke atasnya kerana persetubuhan itu berlaku ketika ia tidak lagi berpuasa. Jadi, mazhab Syafi’ie tidak melihat kepada kewajipan puasa, akan tetapi melihat kepada wujud puasa atau tidak ketika persetubuhan itu berlaku. Jadi, menurut mazhab Syafi’ie; persetubuhan yang mewajibkan kaffarah ialah persetubuhan yang berlaku ketika masih berpuasa (yakni puasa masih ada dan kemudian dibatalkan dengan persetubuhan). Jika persetubuhan yang berlaku setelah puasa batal, maka tidak wajib kaffarah.
3. Pandangan yang rajih bagi masalah ini ialah pandangan jumhur ulamak kerana ia menutup pintu helah kepada orang-orang yang ingin melanggar hukum Syariat. Jika tidak dikenakan kaffarah, nescaya semua orang yang ingin bersetubuh di siang hari di bulan Ramadhan akan melakukan sedemikian; mereka akan makan terlebih dahulu, kemudian melakukan persetubuhan . Jadi tidak ada makna Syariat mewajibkan kaffarah jika sedikit helah sahaja sudah dapat menidakkannya dari kaffarah. Kerana itu para ulamak hari ini menegaskan; pandangan yang rajih ialah pandangan jumhur tadi.
Soalan 2
Husaini telah ditugaskan mengajar di pedalaman sabah. Bagaimanakah cara untuk dia dan ahli qaryah yang lain menunaikan solat jumaat di masjid di mana bilangan penduduk yang beragama islam sangat sedikit dan makmum kurang daripada 40 orang?Adakah sah solat jumaat didirikan?
Jawapan soalan 2
Hukum solat jumaat tidak sah kerana Bilangan 40 ahli qariah termasuk imam adalah salah satu syarat sah solat Jumaat mengikut mazhab Syafi'e.
Oleh itu, sekiranya ahli kariah tidak mencukupi 40 orang, maka masjid tersebut tidak boleh mendirikan solat Jumaat di situ.Walau bagaimanapun, ada masjid-masjid tertentu yang telah diwartakan oleh Majlis Fatwa boleh didirikan solat Jumaat berdasarkan kepada jumlah penghuni yang dianggap bermastautin di tempat tersebut meskipun ahli qaryahnya tidak mencukupi 40 orang.
No comments:
Post a Comment